PERATURAN RAGBI SENTUH

Peraturan asas dan cara bermain ragbi sentuh

 

PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana iadigunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermaindan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dantidak merbahaya. Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’,tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asas larian (running), pengendalian bola (handling), mengelak (evasion) dan memberi sokongan (support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas serangan (attacking) dan pertahanan (defensive), tanpa takut tercedera kerana permainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti:

Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yang minimum (tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkan di padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia boleh dimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untuk mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai 'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan ‘touchdown’. Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapandan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selain itu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasan padang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor. Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerang memperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukan menyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang atau pasukan mana yang akan memulakan permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasan padang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak  yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10 meter ke belakang untuk meneruskan permainan. “DUMMY HALF” boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketika membawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepada pasukan yang bertahan dan dimulakan dengan “Rollball” .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapi sebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

Rollball 

Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor (scoreline)pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan ke belakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidak lebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlu melangkah melebihi bola tersebut.Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepada pasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak menggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan pihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.

Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. ‘Goal Post’ tidak diperlukan untuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemain di atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiap pemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepas garisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihak lawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidak boleh skor.
Penalti:
Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter. Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan. Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semula dengan “tab” di tengah padang oleh pasukan non-scoring.

BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran (Passing):
“Forward Pass” berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bola tersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalam situasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:
“Touch and Pass” terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuat hantaran. Jika berulang kali melakukannya, penalti akan diberikan. Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakan kuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh. Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama ada pakaian mereka atau bola. Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembali ke tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa.

Offside:
Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi dari pemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegang bola. Seorang pemain bertahan akan off side jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball) atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)

Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepas melakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM

Umum:
'Overstepping' atau ‘off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalan melebihi titik/tanda di mana  mereka disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikan kepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut. Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainan akan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball. Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihak pembawa bola.Penyimpangan (Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan apabila pasukan bertahan tidak mundur 10 meter dan jika pasukan bertahan menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukan bertahan. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat ‘sin-binned’ selama 5 minit tanpa penggantian.

copy & paste

Comments