KL Tigers Friendly Training And Games

Latihan dan perlawanan persahabatan U9 SKS dengan KL Tigers

KL TIGERS VS SK SETIAWANGSA

18 November 2017 (Sabtu), buat julung kalinya U9 SK Setiawangsa (SKS) telah diundang untuk latihan dan perlawanan persahabatan U9 KL Tigers (KLT). Ini merupakan satu penghormatan oleh KLT untuk pasukan SKS. Bertempat di padang Sekolah Antarabangsa Alice Smith Seri Kembangan, pasukan SKS memulakan latihan bersama KLT tepat pukul 9:00 pagi. Latihan berkonsepkan disiplin sepanjang latihan memastikan anak-anak fokus dan tidak mengambil remeh tentang kecergasan serta taktikal perlawanan. 












Peluang dan pengalaman berharga ini diharapkan dapat digarap oleh setiap ahli pasukan serta dapat dipraktikkan dalam latihan pada masa akan datang. 

Senarai Pemain

Prop - Nik danish
Hooker - Hayat Hakimi
Prop- Azryll
Lock - Raed
Lock - Amin
Scrum half - iyad
Standoff - Rifa'ie
Inside - Hazriq
Outside centre - Haiqal
Wing - Afiq

Sub - 
Scrum half -Hakimi Mus
 Prop -Isz
 Backline -Aiman 

Perlawanan dimulakan dahulu dengan format 10 sebelah berkesudahan dengan:
KLT 2 try
SKS 1 try
2 try yang dilakukan oleh Nik Danish dibatalkan kerana knock on di kawasan try.

Perlawanan kedua dengan format 7 sebelah berkesudahan dengan: 
KLT 2 try
SKS 1 try
1 try yang dilakukan oleh Hazriq dibatalkan kerana keluar dari kawasan.








Secara keseluruhan, walaupon tewas hanya perbezaan 1 try setiap perlawanan prestasi pasukan SKS telah memperlihatkan peningkatan dan ini telah diakui oleh Coach mereka sendiri. Coach telah menyahut cabaran untuk memakai “skirt” di Majlis Ukhuwah U9 sebagai menghargai peningkatan pemain U9.









Syabas dan tahniah U9,
Terima kasih Coach.

Comments