Majlis Ukhuwah U9 2017

Majlis Ukhuwah U9 2017




Tarikh  : 26 November 2017
Lokasi  : Kondominium Pool Sri Ledang

Majlis Ukhuwah U9 2017 telah diadakan bertempat di Pool Sri Ledang Kondominium. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan pemain U9 dalam akademik serta kejayaan pencapaian sepanjang tahun 2017 dalam sukan ragbi.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk coach ke dataran pool dengan memakai “skirt”. Kesanggupan coach untuk memakai skirt adalah kerana menyahut cabaran pemain U9 telah membuktikan peningkatan dalam perlawanan ragbi yang telah disertai pada tahun 2017. Seterusnya, ucapan aluan daripada tuan rumah memberikan ruang untuk menganjurkan Majlis Ukhuwah Encik Yasin. Turut diserikan dalam majlis penyampaian sagu hati oleh Coach Bidie dan Coach Hafez kepada pemain yang telah menunjukkan peningkatan dalam bidang akademik. Majlis juga telah menganugerahkan pencapaian utama berupa boots kepada adik Hakimi yang mana telah mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan juga kepada adik Nik Danish.

Turut diserikan penyampaian cenderahati kepada coach yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak U9 dalam sukan ragbi. Majlis diteruskan dengan sukaneka untuk anak-anak U9.

Majlis juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang menyumbangkan makanan secara potluck dan sama-sama kita melakarkan kejayaan untuk tahun 2018.

Persembahan Haka oleh coach dan pemain U9

Antara juadah yang di bawa oleh ibu bapa
Anak-anak bersuka ria dalam kolam renang
Penyediaan sate oleh Chef Abang Mus
Penyampaian hadiah akademik cemerlang adik Nik Danish

Penyampaian akademik cemerlang adik Hakimi

Penyampaian cenderamata kepada coach Bidie

Penyampaian cenderamata coach Hafez

Cenderamata coach
Cenderamata coach

Sukaneka

Sukaneka

Sukaneka bapak-bapak

Sukaneka
Ibu-ibu

Ucapan coach

“Skirt” coach

Bapak-bapak, anak dan coach

Ibu-ibu

Comments