Latihan bersama dan perlawanan persahabatan dengan Phoenix

Latihan bersama dan perlawanan persahabatan dengan Phoenix Putrajaya Rugby Club - PPRC

14 Jan 2018, 8.30 pagi, Semperna menyambut tahun baru dan pembuka tirai 2018 AUR Boys telah mengadakan latihan bersama Phoenix Putrajaya Rugby Club - PPRC di Padang Bola Sepak Putrajaya P14. Latihan di kendalikan oleh Coach Hj.Rashid. Banyak ilmu-ilmu berkenaan permainan rugbi telah dapat dipelajari oleh para peserta.

Pihak AUR Boys amatlah berpuashati dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Phoenix Putrajaya Rugby Club - PPRC kerana sudi menerima dan melayan kunjungan pihak kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk memajukan aktiviti bersukan dan khasnya untuk pembangunan sukan rugbi. 




Comments