Tri-Angle Putrajaya 2018, Training & Test Match

Tri-Angle Putrajaya, Training & Test Match

 11 Feb 2018 (Ahad), sesi latihan ragbi dan test match telah diadakan di Padang Ragbi Alamanda, Putrajaya. Tiga pasukan yang terlibat adalah AURBoys, Cobrat dan Bestarian Putrajaya. Program dimulakan dengan sesi latihan untuk semua pemain-pemain ragbi (AURBoys, Cobrat, Bestarian Putrajaya) dan  juga pendedahan latihan ragbi kepada ibu bapa secara praktikal. Sesi latihan diketuai oleh Coach Opek dan juga Coach Nico bekas kapten team rugbi Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain teknik tackle dengan betul untuk mengelakkan kecederaan serta memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang sukan ragbi ini.


Berikut antara keputusan test match pasukan lelaki U10;

Bestarian (5) vs AURB (15)
Cobrat (5) vs AURB (20)
Cobrat (5) vs Bestarian(5)
Bestarian 1 (5) vs Bestarian 2 (0)

Terima kasih kepada semua yang terlibat semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan dari masa kesemasa dalam memajukan sukan ragbi dari peringkat kanak-kanak.




 
 


















Comments